Wednesday 1 April 2015

14 RAJA MELAYU


BY :MUHD AZIM,ALIF ADZHA,BADRUL MUNIR




AGONG KE 1


Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad
Yang di-Pertuan Agong ke-
1
Raja Permaisuri Agong
Negeri
Keputeraan
Kemangkatan
Mula jawatan
Tamat jawatan
Penyandang terdahulu
Penyandang kemudian
























RIWAYAT HIDUP

Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (24 Ogos 1895 - 1 April 1960) adalah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama Malaysia. Baginda memerintah dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960.
Diputerakan di Seri Menanti, Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman memperoleh pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Jempol sehingga tahun 1907. Selepas itu, baginda meneruskan pendidikan Sekolah Menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar selama tujuh tahun sehingga 1914
Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad Bersama Dengan Permaisuri Baginda Tuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin
Sewaktu penamatan pelajaran sekolah menengahnya, S.P.B. dilantik sebagai Pegawai Melayu di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1915, baginda memulakan kerjaya yang cemerlang sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Seremban. Terbukti baginda seorang pegawai yang rajin dan sangat komited terhadap tugas Baginda. Baginda mendesak jabatan itu supaya membuka lebih banyak cawangan di beberapa daerah lain di Negeri Sembilan.
Seterusnya baginda Tuanku Abdul Rahman dilantik sebagai Penolong Pegawai Melayu di Klang sebelum ditukarkan semula ke daerah lain. Kemudian Baginda dihantar bertugas sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Hulu Selangor. Berkat usaha gigih dan ketekunan baginda selama ini, baginda telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pegawai Daerah.
Titik perubahan dalam kerjaya Baginda berlaku pada tahun 1925 apabila baginda bertugas untuk jangka masa yang pendek di Mahkamah Agung di Kuala Lumpur. Kemudian, baginda mengiringi ayahanda baginda, yang ketika itu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan melawat United Kingdom untuk menyaksikan Pameran Empayar British di Wembley dan untuk menziarahi King George V.
Dalam perjalanan ke United Kingdom, baginda membulatkan tekad untuk belajar undang-undang. Hasrat baginda ini mendapat persetujuan Tuanku Muhammad, ayahanda baginda. Dengan itu baginda pun terus menetap di United Kingdom sehingga Baginda menamatkan pengajian dan memperoleh ijazah undang-undang tahun 1930. Berita tentang baginda telah mendapat ijazah undang-undang telah disiarkan dalam surat khabat di Tanah Melayu secara besar-besaran. Terdapat kekeliruan antara Tuanku Abdul Rahman dengan Tunku Abdul Rahman pada ketika itu.
Baginda diterima menjadi peguam tiga tahun kemudiannya. Selama beberapa tahun yang pertama, Baginda berusaha sehingga menjadi Magistret. Kemudiannya baginda dilantik sebagai Pegawai Daerah.
Pada tahun 1933, D.Y.M.M. Tuanku Muhammad mangkat. Baginda Tuanku Abdul Rahman terus ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Ketika itu baginda merupakan seorang peguambela dan dengan yang demikian Baginda merupakan satu-satunya Raja Melayu yang mempunyai kelayakan sebagai peguambela dan peguamcara.

Pada tahun 1957, baginda dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Yang di-Pertuan Agong yang pertama bagi Tanah Melayu dan ditabalkan pada 13 September 1957. Baginda memerintah Negeri Sembilan selama 24 tahun sebelum menjadi Yang di-Pertuan Agong Tanah Melayu yang Pertama.

Baginda mempunyai tiga putera dan lima puteri. Permaisuri pertama Baginda, D.Y.M.M. Tuanku Maharum melahirkan seorang putera, D.Y.M.M. Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang Kesembilan. Cik Engku Maimunah melahirkan dua putera dan dua puteri. Yang sulung ialah Y.T.M. Tuanku Aidah. Baginda Tuanku Ja'afar ialah putera kedua manakala Tunku Abdullah ialah putera ketiga.

Baginda Tuanku Abdul Rahman juga sangat meminati bidang sukan. Antaranya sukan kriket, bola sepak dan tenis. Walau bagaimanapun, sukan yang paling digemari baginda ialah sukan tinju. Malahan, pada zaman mudanya Baginda gemar menyarungkan sarung tangan tinju dan bertinju dengan putera-putera baginda.



LEGASI

Gambar portrait baginda masih lagi digunakan Di atas wang kertas Ringgit Malaysia sejak siri pertama (tahun 1967) sehingga kini.










AGONG KE 2





Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah
Yang di-Pertuan Agong ke-
2
Raja Permaisuri Agong
Negeri
Keputeraan
Kemangkatan
Mula jawatan
Tamat jawatan
Penyandang terdahulu
Penyandang kemudian

























RIWAYAT HIDUP

Gelaran penuhnya, Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Sir Alaiddin Sulaiman Shah (13 Mei 1898 - 1 September 1960) merupakan Yang di-Pertuan Agong kedua yang bertakhta dari 1 April sehingga 1 September 1960, dan Sultan Selangor yang kelima.
Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah merupakan putera sulung kepada Sultan Alaeddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa (1898-1938) dengan Cik Puan Hasnah binti Pilong, isteri orang kebanyakan. Diberi nama Tengku Alam Shah, baginda tidak dijangkakan untuk memerintah disebabkan baginda mempunyai dua orang abang.
Menerima pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Tengku Alam Shah telah dilantik sebagai Sultan pada tahun 1938 setelah kemangkatan bapa baginda. Bagaimanapun, pada tahun 1942 sehingga 1945, ketika Jepun memerintah Malaysia, baginda telah diturunkan takhta dan digantikan dengan saudara tiri tertuanya yang dilantik dengan gelaran Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah. Dengan kembalinya pihak British, Sultan Hisamuddin Alam Shah dikembalikan ke takhta, sementara bekas Sultan Musa dibuang daerah ke Kepulauan Cocos Keeling.
Sultan Hisamuddin Alam Shah telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kedua Malaysia pada 14 April 1960 untuk tempoh penggal selama lima tahun, tetapi mangkat selepas penyakit misteri di Istana Tetamu di Kuala Lumpur pada 2 September 1960 - pada hari pertabalannya. Baginda dikebumikan di Makam Diraja di Klang, Selangor.
Tengku Ampuan Jemaah binti Raja Ahmad merupakan isteri kepada Sultan Hisamuddin Alam Shah, dan dari keturunan kerabat keluarga diraja Selangor, yang menjadi Tengku Ampuan Selangor dan Raja Permaisuri Agong.



ANTARA PENYANDANG







 AGONG KE 3



Al-Marhum Tuanku Syed Harun Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail
Yang di-Pertuan Agong ke-
3
Raja Permaisuri Agong
Negeri
Keputeraan
Kemangkatan
16 April 2000 (umur 79)
Kuala Lumpur
Mula jawatan
Tamat jawatan
Penyandang terdahulu
Penyandang kemudian


























RIWAYAT HIDUP


Almarhum Tuanku Syed Harun Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail (25 November 1920 - 16 April 2000) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ketiga.
Baginda diputerakan di Arau, Perlis pada 25 November 1920, Seri Paduka Baginda Raja Perlis menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Arau dan meneruskan persekolahan baginda di Penang Free School. Ketika berusia 18 tahun, baginda memulakan kerjaya sebagai anggota Perkhidmatan Awam pada tahun 1938.
Pada tahun 1940, Baginda dilantik sebagai Majistret di Kangar dan kemudian ditukarkan ke Kuala Lumpur pada 1941 selepas meletusnya Perang Dunia Kedua. Baginda berkahwin dengan Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail pada 1941 dan dikurniakan dengan lima putera dan lima puteri.
Baginda menaiki takhta kerajaan negeri Perlis pada 4 Disember 1945 tetapi disebabkan oleh Perang Dunia Kedua, baginda tidak ditabalkan sehingga 12 Mac 1949. Baginda Tuanku Syed Putra ialah raja yang paling lama memerintah di Perlis, dan pada 4 Disember 1995, baginda meraikan Jubli Emas selepas memerintah selama setengah abad di Perlis. Ketika berusia 40 tahun, baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Ketiga dan memerintah negara sebagai Yang di-Pertuan Agong dan 21 September 1960 hingga 20 September 1965. Baginda juga menjadi Kolonel Yang di-Pertua Pasukan Renjer Diraja Malaysia. Pada 1971, baginda turut dilantik sebagai Canselor Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Baginda mangkat pada 16 April 2000.


ANTARA PENYANDANG


Penyandang Terdahulu
Penyandang Kemudian




AGONG KE 4



Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III Muazzam Shah
Yang di-Pertuan Agong ke-
4
Raja Permaisuri Agong
Negeri
Keputeraan
Kemangkatan
Mula jawatan
Tamat jawatan
Penyandang terdahulu
Penyandang kemudian


























RIWAYAT HIDUP

Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Zainal Abidin III Muazzam Shah (24 Januari 1907 - 29 September 1979) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang keempat dari Negeri Terengganu Darul Iman.
Seri Paduka Baginda Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di-Pertuan Agong Keempat, yang memerintah dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970, telah diputerakan di Kuala Terengganu pada 24 Januari 1907. Baginda ialah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu yang ke-14 dan memerintah selama 34 tahun dan 1945 hingga 1979.
Baginda memperoleh pendidikan awal di sebuah sekolah Melayu di Terengganu. Kemudian baginda meneruskan pendidikan sekolah menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Pada tahun 1925 ketika berusia 18 tahun, baginda menjadi Sub-Inspektor Polis dan pada 4 April 1929, baginda dilantik sebagai kadet dalam perkhidmatan Awam Terengganu. Selama lIma tahun berikutnya, baginda bertugas sebagai pegawai di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Pada 1 Ogos 1934, baginda dilantik sebagai Penolong Pegawai Tanah. Pada 25 Oktober 1934, baginda dilantik pula sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Baginda ditukarkan ke Mahkamah rayuan pada 4 April 1939 sebagai Timbalan Pendakwa Raya. Kemudian baginda dilantik sebagai Setiausaha Majlis Hal Ehwal Agama Islam.
Baginda menjadi Registrar Mahkamah Agung dan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tanah pada 1 Januari 1940 dan kemudiannya dilantik sebagai Majistret Kelas Satu Terengganu. Pada 15 November 1941, Baginda dilantik bagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Pada 3 April 1944, baginda berkahwin dengan Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Seri Setia Raja di Terengganu dan dikurniakan sembilan orang putera puteri. Putera sulung baginda, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Mahmud Al Muktafi Billahi Shah menjadi Sultan Terengganu yang seterusnya.
Pada 6 Jun 1945 ketika berusia 38 tahun, baginda Tuanku Ismail Nasiruddin Shah telah ditabalkan sebagai Sultan Terengganu di Istana Maziah di Kuala Terengganu.
Pada 21 September 1965, Seri Paduka Baginda Tuanku Ismail Nasiruddin Shah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Keempat. Tuanku Ismail Nasiruddin Shah mangkat sembilan tahun kemudiannya pada 29 September 1979.






 AGONG KE 5



Tuanku Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah



13 Disember 2011 – kini
Pertabalan
Negeri
Pendahulu
Raja Permaisuri Agong


Timbalan Yang di-Pertuan Agong ke-XIII
Negeri
Pendahulu
Pengganti


Pertabalan
Negeri
Pendahulu
Pengganti
Raja Permaisuri Agong


Timbalan Yang di-Pertuan Agong ke-IV
Negeri
Pendahulu
Pengganti


Sultan Kedah ke-28
14 Julai 1958 – kini
Pendahulu


Keputeraan
28 November 1927 (87 tahun)














RIWAYAT HIDUP

Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah (diputerakan 28 November 1927) merupakan Sultan Kedah ke-27 (1958 - kini) serta Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 (21 September 1970 - 20 September 1975) dan ke-14 (mulai 13 Disember 2011).
Baginda diputerakan di Anak Bukit, Alor Setar, Kedah sebagai Tunku Abdul Halim. Baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah bersama Tunku Safiah binti Tunku Mahmud, namun putera tertua yang hidup. Baginda kemudian menjadi Raja Muda Kedah pada 1949.
Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, di mana baginda mendapat diploma dalam Sains Sosial dan Pentadbiran Awam.[1] Baginda mewarisi takhta Kedah ayahandanya pada Julai 1958 dan ditabalkan pada Februari 1959.
Selain itu, baginda ialah anak saudara kepada Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj (Perdana Menteri Malaysia Pertama)


Yang di-Pertuan Agong

Tuanku Abdul Halim terpilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong antara 20 September 1965 dan 21 September 1970. Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, ketika berumur 43 tahun, baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong kedua termuda yang pernah dilantik iaitu selepas Tuanku Syed Putra, Raja Perlis yang dilantik ketika berumur 40 tahun.
Sultan Abdul Halim, ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-5 (1970 - 1975)
Baginda menyaksikan pertukaran kali pertama ketua kerajaan Malaysia iaitu apabila ayahanda saudara baginda, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memberikan jawatannya kepada timbalannya Tun Abdul Razak. Tunku Abdul Rahman merasakan beliau tidak patut berkhidmat di bawah anak saudaranya.
Pada November 2006, Tuanku Abdul Halim dipilih buat kali kedua sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, bermula Disember 2006 hingga Disember 2011. Beliau merupakan sultan ketiga memegang jawatan ini dua kali, selepas Tuanku Ja’afar dari Negeri Sembilan dan Sultan Mizan Zainal Abidin dari Terengganu.
Pada 15 Julai 2008 baginda menyambut Jubli Emas, iaitu ulang tahun pemerintahan baginda ke-50 di Kedah.
Pada 12 dan 13 Oktober 2011, Mesyuarat Majlis Raja-raja yang ke-225 telah memutuskan bahawa Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah bakal menggantikan Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 mulai 13 Disember 2011
Bermula pada 13 Disember 2011 yang lalu, baginda telah menjadi Yang di-Pertuan Agong yang ke-14, sekaligus menjadi sultan pertama menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali[7] dan yang tertua ditabalkan (84 tahun).[8] Yang di-Pertuan Agong tertua sebelum baginda ialah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dari Selangor, yang ditabalkan di usia 73 tahun.
Istiadat pertabalan buat kali kedua sebagai Yang di-Pertuan Agong telahpun dilangsungkan di Istana Negara pada 11 April 2012.


  
Keluarga diraja

YDPA Sultan Abdul Halim diarak bersama Ratu Elizabeth II dalam kereta roda diraja British, ketika membuat lawatan rasmi ke London pada 1974.
Sultan Abdul Halim mempunyai dua sultanah rasmi:
Pada 1956, Tuanku Hajjah Bahiyah, puteri Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, yang mangkat pada 2003, dan
Pada 1975, Che Haminah Hamidun, orang kebanyakan dari Perak, yang kini Sultanah Kedah.
Baginda memiliki tiga puteri. Dua yang tertua merupakan kembar, Tunku Soraya dan Tunku Sarina. Seorang lagi ialah Tunku Intan Shafinaz. Baginda memiliki lima cucu.
Baginda pernah berkahwin pada awal remaja yakni sekitar 1945 bersama orang kebanyakan dan berpisah semasa baginda melanjutkan pelajaran baginda ke England. Hasil dari perkahwinan ini telah dikurniakan seorang Puteri.
Raja Muda Kedah kini ialah Tunku Abdul Malik ibni Sultan Badlishah, adinda baginda.



AGONG YANG KE 6




Al-Marhum Tengku Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong ke-
6
Raja Permaisuri Agong
Negeri
Keputeraan
10 Disember 1917
Istana Balai Besar, 
Kota Bharu,Kelantan
Kemangkatan
29 Mac 1979 (umur 61)
Kuala Lumpur
Mula jawatan
Tamat jawatan
Penyandang terdahulu
Penyandang kemudian



























RIWAYAT HIDUP


Diputerakan di Istana Balai Besar, Kota Bharu, Tengku Yahya Petra menerima pendidikan agama semasa zaman kanak-kanak ketika baginda dibesarkan oleh ayahanda saudara Baginda, Sultan Ismail. Tengku Yahya Petra menerima pendidikan awal di Sekolah Francis Light, Pulau Pinang ketika berusia 14 tahun. Selepas empat tahun menuntut di sekolah ini, Almarhum Sultan Ismail menghantar baginda menuntut di England pada 1934.
Baginda berkahwin dengan Tengku Zainab binti Tengku Muhammad Petra ketika berusia 22 tahun pada tahun 1939. Pasangan diraja ini dikurniakan seorang putera dan empat puteri. Putera tunggal Tengku Yahya Petra ialah Sultan Kelantan ke-28, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra. Empat orang puteri Baginda ialah Yang Mulia Tengku Marjan, Yang Mulia Tengku Rozan, Yang Mulia Tengku Salwani dan Yang Mulia Tengku Rohani.

KERJAYA

Tengku Yahya Petra dianugerahkan gelaran Tengku Temenggong dan Darjah Kerabat Yang Sangat Dihormati (D.K.) oleh Almarhum Sultan Ismail pada 21 Julai 1939. Untuk membiasakan diri, baginda dengan hal ehwal yang berkaitan dengan pentadbiran, Tengku Yahya Petra telah dilantik untuk memegang pelbagai jawatan utama dalam kerajaan negeri. Baginda ialah Timbalan Presiden Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan antara 1941 hingga 1947. Pada 2 April 1944, S.P.B. dilantik sebagai Penolong Ketua Pegawai Kewangan Negeri dan pada 6 Februari 1945, Baginda dilantik sebagai Pegawai Daerah Kota Bharu. Pada 1945 S.P.B. Tengku Yahya Petra dilantik sebagai Tengku Bendahara oleh ayahanda baginda, Sultan Ibrahim. Tengku Yahya Petra menjadi Presiden Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu pada 1 Januari 1948 hingga 31 Disember 1953.
Semasa menjadi Tengku Mahkota, baginda turut terlibat sama dalam hal ehwal kerajaan negeri dan mengambil berat kebajikan rakyat. Semasa pemerintahan baginda (1948 - 1960), negeri Kelantan berada dalam keadaan darurat dan baginda tetap memberanikan diri dengan melawat kampung-kampung di kawasan pedalaman Kelantan.


NAIK TAKHTA

Tengku Yahya Petra ditabalkan sebagai Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Kelantan pada hari Ahad, 10 Julai 1960, dengan gelaran "Sultan Yahya Petra", untuk menggantikan ayahanda baginda, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Muhammad IV. Pada 6 Oktober 1966, Sultan Yahya Petra menjadi Kolonel Briged Artileri Malaysia.
Pada 22 Julai 1970, Sultan Yahya Petra dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong oleh Majlis Raja-Raja. Istiadat mengangkat sumpah diadakan pada 21 September 1970. Kemudian pada 19 Jun 1975, Majlis Raja-Raja memilih Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Semasa pemerintahan Baginda sebagai Yang di Pertuan Agong, anakanda Baginda, Dulia Yang Maha Mulia Tengku Ismail Petra menjadi Pemangku Sultan.
Sultan Yahya Petra mangkat ketika masih menjadi Yang di-Pertuan Agong, iaitu pada 29 Mac 1979.

ANUGERAH LAIN

Pada 5 Jun 1952, Tengku Yahya Petra menerima Order St. Michael dan St. George (C.M.G.) daripada Ratu Elizabeth II dari England.
Ketika negara meraikan sambutan ulang tahun pertama Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, Tengku Yahya Petra telah dilantik menjadi Seri Maharaja, menerima Darjah Tertinggi Tanah Melayu, Seri Mangku Negara (S.M.N.) daripada Yang di-Pertuan Agong Pertama, Seri Paduka Baginda Tuanku Abdul Rahman, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Sultan Yahya Petra juga menerima Darjah Kerabat yang lain-lain, antaranya:

1961: Darjah Kerabat Yang Sangat Dihormati dari Brunei
1964: Darjah Kerabat Terengganu
1966: Darjah Kerabat Selangor
1969: Darjah Kerabat Kedah.



AGONG YANG KE 7




Sultan Ahmad Shah

Pemerintahan
8 Mei 1974 - kini
Pendahulu
Raja Muda
Pasangan
Anakanda
Nama penuh
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah
Ayahanda
Keputeraan
Agama


Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Muadzam Shah
Tempoh pemerintahan
26 April 1979 - 25 April 1984
Didahului oleh
Diikuti oleh








RIWAYAT HIDUP

Sultan Ahmad Shah telah diputerakan pada 24 Oktober 1930. di Istana Mangga Tunggal di Pekan, Pahang. Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu di Pekan dan kemudian di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Walau bagaimanapun, pembelajaran baginda terganggu ekoran Perang Dunia II. Sultan Haji Ahmad Shah turut mempelajari bahasa Jepun ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu.
Pada 1944, ketika berusia 14 tahun, Sultan Haji Ahmad Shah dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang. Apabila peperangan tamat, baginda meneruskan pembelajaran baginda di Sekolah Clifford Kuala Lipis dan tinggal bersama orang kebanyakan di asrama sekolah. Baginda kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu.
Pada 1948, Sultan Haji Ahmad Shah meneruskan pelajaran dalam bidang Pentadbiran Awam di Worcester College, Oxford. Baginda turut masuk ke University College, Exeter, Devon bagi kursus Pentadbiran Tempatan. Ketika menduduki kursus tersebut, baginda menjalani latihan di Majlis Daerah Perbandaran di Sidmouth untuk tiga tahun.
Ketika berusia 35 tahun, Sultan Haji Ahmad Shah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Batalion Infantri Tentera Persekutuan yang berpengkalan di Kem Batu 5, Mentakab. Perkhidmatan baginda terhadap ketenteraan dan rakyat jelata membuatkan baginda dikagumi rakyat yang menyifatkan baginda putera rakyat yang amat prihatin.


KEGEMARAN

Sultan Haji Ahmad Shah juga gemarkan aktiviti luar terutamanya sukan dan amat mahir dalam bidang tersebut. Baginda terkenal sebagai pemain polo yang hebat di dalam dan di luar negara.
Pada 1982, Sultan Haji Ahmad Shah telah dianugerahkan Anugerah Bola Sepak Olimpik Antarabangsa. Baginda satu-satunya orang Malaysia yang dianugerahkan anugerah berprestij itu. Sultan Haji Ahmad Shah dipilih sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) pada tahun 1984. Sultan Haji Ahmad Shah juga menggemari polo, hoki, badminton dan golf. Sultan Haji Ahmad Shah turut menyertai Sukan Olimpik di Los Angeles, Seoul, Barcelona dan Atlanta.




SULTAN PAHANG




Sultan Haji Ahmad Shah telah dilantik sebagai Sultan Pahang yang ke-5 pada 8 Mei 1974 berikutan kemangkatan ayahanda baginda DYMM Sultan Abu Bakar dan ditabalkan pada 7 Mei 1974.

KEHIDUPAN PERIBADI

Sultan Haji Ahmad Shah mengahwini Tengku Hajah Afzan binti Tengku Muhammad pada 22 April 1954. Pasangan diraja itu dikurniakan tujuh orang anak, dua orang putera dan lima orang puteri. Selepas kemangkatan Tengku Afzan pada 29 Jun 1988, Sultan Haji Ahmad Shah mengahwini Sultanah Hajah Kalsom pada 14 Mac 1991 dan dikurniakan seorang putera.
Sultan Haji Ahmad Shah telah menjadi Ketua Lembaga bagi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejak Februari 1983.


INSTITUSI PENDIDIKAN

Kampus Sultan Haji Ahmad Shah (Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) branch campus), Bandar Muadzam Shah
Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan (SEMSAS)
Sultan Ahmad Shah Pahang Islamic College (Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, or KIPSAS)
Bangunan, Jambatan dan Jalanraya[sunting | sunting sumber]
Masjid Sultan Ahmad Shah di Kuantan
Jambatan Sultan Ahmad Shah (Temerloh Bridge) di Federal Route Jkr-ft2.png di Temerloh
Jambatan Sultan Ahmad Shah II (Semantan Bridge) di East Coast Expressway Mes-e8.png di Semantan
Jambatan Sultan Ahmad Shah III (Chenor Bridge) di Chenor
Jalan Sultan Ahmad Shah (formerly Northam Road) di George Town, Penang
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh (formerly Hospital Temerloh) di Maran Road, Temerloh, Pahang



AGONG YANG KE 8






Sultan Iskandar

Sultan Johor ke-XXIV
Pemerintahan
11 Mei 1981 - 22 Januari 2010
Pendahulu
Pengganti
Raja Muda
Pasangan
Anakanda
1. Tunku Kamariah Aminah
2. 
Tunku Ibrahim Ismail
3. 
Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
4. Tunku Besar Zabedah Aminah
5. Tunku Mariam Zaharah
6. Tunku Aminah Kalsom
7. Tunku Muna Najiah
8. Tunku Abdul Majid
9. Tunku Maimunah Ismiliah
10. Tunku Noraini Fatimah
Nama penuh
Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Ismail Al-Khalidi
Ayahanda
Bonda
Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Ahmad
Keputeraan
Kemangkatan
Dimakamkan
Agama

Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Ismail Al-Khalidi
Tempoh pemerintahan
26 April 1984 - 25 April 1989
Didahului oleh
Diikuti oleh

Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Al-Khalidi April 1932 (82 tahun) - 22 Januari 2010) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelapan mulai 26 April 1984 hingga 25 April 1989. Baginda mewarisi takhta ayahandanya Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim untuk menjadi Sultan Johor ke-24 berikutan kemangkatan ayahandanya pada tahun 1981.
Seperti nendanya Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar,kebebasan buah fikiran Sultan Iskandar adakalanya menimbulkan ketegangan hubungan dengan kerajaan persekutuan Malaysia, lebih-lebih lagi ketika bertakhta Yang di-Pertuan Agong, ketika baginda sendiri terlibat dalam beberapa peristiwa yang menarik perhatian awam. Meskipun demikian, Sultan Iskandar terkenal kerana keprihatinan baginda terhadap rakyat jelata, dan daripada itu disanjung tinggi oleh ramai, khususnya orang Melayu dan Orang Asli.
Sultan Iskandar juga digeruni sebagai pendisiplin tegas yang sanggup meluahkan pendapat peribadi mengenai perihal kerajaan. Daripada segi peribadi, rakyat taklukan yang pernah menghadap Sultan Iskandar pada akhir hayat baginda menyifatkan baginda sebagai insan yang ramah mesra dan pemurah. Bagaimanapun, suatu ketika ada pihak yang mendapati Sultan Iskandar bersifat panas baran, dengan merujuk kepada catatan peristiwa pahit sepanjang hayat baginda,termasuk dilucutkan pangkat Tunku Mahkota oleh ayahandanya pada tahun 1961, di samping beberapa tindakan jenayah yang dikatakan berlaku dari 1970-an hingga dan 1990-an yang tersiar dalam akhbar sehingga memarahkan orang awam
Sewaktu muda dahulu, Tunku Iskandar lebih dikenali dengan nama beriannya iaitu "Mahmud"[atau nama penuhnya "Mahmud Iskandar". Sungguhpun nama "Mahmud" itu tidak dipakai lagi semenjak baginda naik takhta pada tahun 1981, namun sesetengah pihak masih memanggil nama penuh "Mahmud Iskandar" sekali-sekala
RIWAYAT HIDUP

Keluarga mahkota Johor dalam majlis hari jadi Dr Heah Hock Chye pada 1956. Tampak Tunku Mahmud Iskandar berdiri paling kiri
Sultan Iskandar (dikenali sebagai Tunku Mahmud Iskandar sehingga tahun 1981) ialah anakanda ketiga kepada Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Paduka Bena Sri Maharaja Utama Ahmad, yang lahir pada 8 April 1932 di Istana Semayam, Johor Bahru.(Baginda ada dua kanda, tetapi kedua-duanya meninggal dunia pada usia bayi.) Tunku Mahmud menerima pendidikan di Sekolah Rendah Ngee Heng Primary School dan Maktab Inggeris (kini Maktab Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru. Pada 1952, baginda dihantar ke Australia untuk melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School. Setelah tamat pengajian pada tahun 1953, Tunku Mahmud pergi ke Isle of Wight di United Kingdom untuk memasuki Upper Chime School selama tiga tahun. Setelah selesai menuntut ilmu, Tunku Mahmud kembali ke Tanah Melayu pada tahun 1956 untuk menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Johor untuk masa yang singkat,di mana baginda menjadi pegawai kadet yang bertanggungjawab atas hal-ehwal dalam Jabatan Hal-Ehwal Daerah, Tanah dan Perbendaharaan sehingga dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada Mei 1959.
Pada tahun 1956, Tunku Mahmud mengahwini Josephine Trevorrow, dari Cornwall, United Kingdom, dan bersama-sama melahirkan empat orang anakanda, termasuklah putera mahkota, Tunku Ibrahim Ismail, sebelum bercerai pada tahun 1962.Sebelum bercerai dengan Trevorrow, pada tahun 1961, Tunku Mahmud mengahwini Tengku Zanariah dari kerabat diraja Kelantan, lalu bersama-sama memputerakan enam anakanda. Para penganalisa seperti Kate Wharton memerhati bahawa sebarang hubung kait Trevorrow dengan Sultan Iskandar tidak disebut dalam semua biografi rasmi.
Tunku Mahmud dilantik oleh Sultan Ismail menjadi Tunku Mahkota Johor dari tahun 1959 hingga 1961, kemudian menjadi Raja Muda dari tahun 1966 hingga 1981. Pada 29 April 1981, Tunku Mahmud dilantk sebagai Tunku Mahkota sekali lagi sebaik sahaja sebelum kemangkatan ayahandanya.



ANAK ANAK SULTAN ISKANDAR

Keseluruhannya, Sultan Iskandar mempunyai 2 putera dan 8 puteri iaitu:

·         Tunku Kamariah Aminah (dengan Josephine), diputerikan pada 11 Julai 1956. Tengku Puteri Johor, berkahwin dengan Tengku Panglima Diraja Sulaiman Shah bin Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ,Selangor.
·         Tunku Ibrahim Ismail (dengan Josephine), berkahwin dengan Raja Zarith Sofia, puteri Sultan Perak.
·         Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (dengan Josephine), diputerikan pada 5 Ogos 1960. 1986 berkahwin dengan Tengku Mahkota Abdullah bin Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Shah, putera Sultan Pahang.
·         Tunku Besar Zabedah Aminah (dengan Josephine)
·         Tunku Mariam Zaharah (dengan Tengku Zanariah)
·         Tunku Aminah Kalsom (dengan Tengku Zanariah)
·         Tunku Muna Najiah (dengan Tengku Zanariah)
·         Tunku Abdul Majid (dengan Tengku Zanariah), lahir 1970, Tengku Bendahara, berkahwin pada 13 Januari 2006 dengan Tunku Teh Mazni binti Tengku Yusof, lahir 1976, anak Tengku Yusof bin Tengku Muhammed Jewa dari Kedah.
·         Tunku Maimunah Ismiliah (dengan Tengku Zanariah)
·         Tunku Noraini Fatimah (dengan Tengku Zanariah)


SULTAN JOHOR

Pada 10 Mei 1981, Tunku Mahmud dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor berikutan kemangkatan ayahandanya, lalu dimasyurkan sebagai Sultan sehari kemudian, beberapa ketika sebelum ayahandanya dimakamkan. Sehubungan dengan itu, adinda baginda Tunku Abdul Rahman, bekas Tunku Mahkota Johor selama 20 tahun di bawah pemerintahan Sultan Ismail, dilantik sebagai Tunku Bendahara Johor lalu memegang gelaran tersebut sehingga meninggal dunia pada tahun 1989. Pada 12 Disember 1981, Sultan Iskandar dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia.
Mengikut sistem beraja bergilir-gilir di Malaysia, Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong oleh Majlis Raja-Raja pada 9 Februari 1984, tidak lama sebelum berakhirnya penggal Sultan Ahmad Shah dari Pahang pada 26 April 1984. Sultan Iskandar memegang gelaran Yang-Di Pertuan Agong sehingga diambil alih oleh Sultan Azlan Shah dari Perak pada tahun 1989.
Pada 8 April 2006, Sultan Iskandar melantik cucundanya Tunku Ismail Idris, iaitu anakanda Tunku Mahkota, sebagai Raja Muda (pewaris ketiga takhta Johor) dalam majlis pelantikan sempena hari keputeraanya.

GELARAN HORMAT



Duli Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan
Duli Yang Maha Mulia
Gaya pilihan
Tuanku


HAL EHWAL NEGERI

Sultan Iskandar menganjurkan acara rumah terbuka di kediaman rasminya di Istana Bukit Serene, atau di Istana Besar. Pada hari-hari inilah, Sultan dan putera sulungnya Tunku Mahkota mengadakan sesi khas untuk bertemu mesra dengan rakyat Johor. Mengikut adat istiadat, kerajaan negeri mewartakan 8 April sebagai cuti umum negeri untuk meraikan hari keputeraan baginda, yang mana baginda mengurniakan anugerah kehormat kepada rakyat Malaysia yang mempamerkan sumbangan dan pencapaian cemerlang.
Tidak lama sebelum menjadi YDPA pada April 1984, Sultan Iskandar mengeluarkan usul agar Orang Asli digolongkan sebagai "Bumiputera Asli", kerana baginda berpendapat bahawa Orang Asli ini berbeza sekali identitinya dari orang Melayu kerana kebanyakan mereka bukan umat Islam. Namun, usul tersebut ditarik balik, sebaliknya kerajaan cuba mengasimilasikan Orang Asli dengan masyarakat Melayu arus perdana. Setelah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda mendermakan gaji baginda untuk jawatan YDPA kepada berbilang lembaga biasiswa yang dibuka kepada semua kaum di Malaysia.
Pada tahun 2007, Sultan Iskandar mengeluarkan titah perintah yang hanya membenarkan gelaran Istana dipakai oleh kediaman dan hartanah yang dimiliki oleh Sultan dan Tunku Mahkota, manakala hartanah yang dimiliki oleh kerabat diraja yang lain dikenali sebagai "Kediaman". Pada Disember 2008, Sultan Iskandar memperkenankan kerajaan negeri untuk mewartakan usul perundangan yang melarang umat Islam daripada mengamalkan senaman yoga, atas sebab bahawa yoga mengandungi unsur agama Hindu yang melanggar ajaran Islam. Permohonan agar meminta perkenan Sultan datang dari Majlis Agama Islam Johor yang bertindak atas arahan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Sultan Iskandar menyempurnakan pembukaan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Sultan Iskandar pada 1 Disember 2008, dengan kehadiran Tunku Mahkota dan beberapa menteri jemaah utama.



HUBUNGAN LUAR NEGERI

Semenjak menaiki takhta, Sultan Iskandar menjalin hubungan erat dengan Singapura, dengan mengeratkan silaturahim dengan pemimpin tertinggi Singapura. Amalan ini juga menjadi ikutan anakandanya, Tunku Mahkota dan Tunku Bendahara.Laporan media sentiasa mengetengahkan sambutan mesra yang disampaikan sesama pemimpin kedua-dua negara ketika dalam lawatan, terutamanya pada Julai 1988, apabila kunjungan Sultan Iskandar ke Singapura menandakan kali pertama seseorang Yang di-Pertuan Agong melawat negara pulau tersebut sejak tahun 1957. Timbalan Perdana Menteri Singapura ketika itu, Goh Chok Tong menerima pangkat Dato' Paduka Mahkota Johor (Kehormat) dari Sultan Iskandar.
Pada tahun 2007, Sultan Iskandar dikurniakan anugerah Honorary Master Parachutist Wing oleh Menteri Pertahanan Singapura, Teo Chee Hean dan Ijazah Kehormat Doktor Perundangan oleh Universiti Kebangsaan Singapura.
Hubungan dengan Singapura bertukar keruh setelah Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) adalah milik Singapura setelah lama direbut oleh kedua-dua negara. Di sesi pertama Dewan Undangan Negeri Johor ke-12 pada tahun 2008, Sultan menyabdakan pendirian bahawa Pulau Batu Puteh adalah milik Malaysia, n berikrar untuk mencari jalan yang tidak menyalahi undang-undang untuk mengembalikan pulau tersebut ke pangkuan negara.
Sultan Iskandar juga menjalin hubungan erat dengan Sultan Hassanal Bolkiah dari Brunei, lebih-lebih lagi sewaktu baginda memegang gelaran Yang Di-Pertuan Agong. Pada tahun 2006, sekali lagi kedua-dua sultan disaksikan bersama di khalayak ramai, ketika Sultan Hassanal Bolkiah mengunjungi negeri Johor untuk menyabdakan minat baginda terhadap Iskandar Malaysia.



PERWARIS TAKHTA

Sebelum menjadi Sultan atau Yang di-Pertuan Agong, apatah lagi pada 1980-an dan awal 1990-an, nama baik Tunku Mahmud pernah dinodai oleh beberapa peristiwa kontroversi yang mendapat perhatian media. Antara insiden terawalnya adalah kehilangan pangkatnya sebagai Tunku Mahkota pada tahun 1961 atas sebab perilaku setelah laporan sulit yang mendakwanya mengurung seorang polis diutuskan kepada ayahandanya selaku sultan. Pangkat Tunku Mahkota diambil alih oleh adindanya, Tunku Abdul Rahman. Apapun, pada tahun 1966, Tunku Iskandar menerima pangkat Raja Muda, iaitu pewaris kedua takhta. Pada April 1981, Tunku Mahmud dilantik semula sebagai Tunku Mahkota tidak lama sebelum kemangkatan ayahandanya sebulan berikutnya, selepas itu ditabalkan sebagai Sultan Johor, atas titah ayahandanya.
Walau apapun, sesetengah pihak mempertikai kesahihan pelantikan semula Tunku Mahmud sebagai Tunku Mahkota, dengan berhujah bahawa mereka menyaksikan Sultan Ismail sudah berada dalam keadaan koma ketika Tunku Mahmud menjadi Tunku Mahkota. Namun, catatan rasmi membuktikan bahawa Sultan Ismail menjadi koma pada 8 Mei, tiga hari sebelum mangkat. Hubungan istana dengan Menteri Besar Johor, Othman Saat menjadi keruh apabila beliau mempersoalkan kewajaran Tunku Iskandar mewarisi takhta, sehingga mencetuskan Sultan baru itu untuk menitah perintah agar Menteri Besar meletak jawatan dalam masa 24 jam, sebaik sahaja mangkatnya Sultan Ismail, dengan tujuan mengambil alih jawatan tersebut untuk kegunaan dirinya. Sesungguhnya Menteri Besar patuh kepada titah tersebut, namun Sultan tidak mengambil jawatannya. Othman Saat kemudian meletak jawatan sebagai menteri besar pada tahun berikutnya.



TUDUHAN SALAH LAKU JENAYAH

Pada tahun 1972, Tunku Mahmud didakwa menyerang dua orang lelaki dengan cokmar kerana memotong keretanya lalu disabitkan kesalahan pada tahun berikutnya. Setahun kemudian, timbulnya laporan yang menyatakan Tunku Iskandar dan seorang pengawal peribadi menyerang sepasangan muda dengan bahan kimia dan cokmar setelah disinggung perasaan. Pada masa yang sama didakwa juga bahawa Tunku Mahmud merantai dua orang anggota polis dalam rumah anjing selama sehari kerana murka terhadap mereka.
Lima tahun kemudian, Tunku Mahmud didakwa dan didapati bersalah atas sebab kematian seseorang setelah menembak sampai mati seorang lelaki yang berhampiran helikopter peribadinya yang disangkanya seorang penyeludup. Walau apapun, ayahandanya Sultan Ismail campur tangan lalu memberikan pengampunan rasmi kepada Tunku Iskandar.Begitu juga, putera sulungnya, Tunku Ibrahim Ismail, disabitkan kesalahan menembak sampai mati seorang lelaki setelah bergaduh dalam kelab malam pada 1980-an, tetapi diampunkan serta-merta juga.
Pada tahun 1987, Sultan Iskandar dituduh menyerang sampai mati seorang kedi golf di Cameron Highlands, berikutan insiden yang mana kedi itu tertawa apabila baginda tersasar satu lubang. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman mengulas bahawa Sultan (yang ketika ini menduduki takhta YDPA) tidak dapat dibuat tuduhan atas sebab kekebalan yang dikurniakan kepada raja-raja, namun pada masa yang sama beliau mengecam tindakan Sultan Iskandar itu. Kesudahannya, kejadian tersebut dibiarkan tanpa meraih perhatian awam. Adik kepada kedi yang turut diserang hingga cedera, menjadi murung akibat apa yang disaksikannya, lantas dia bertindak mengamuk di Kuala Lumpur sehingga terpaksa dikuarantinkan dalam rumah sakit jiwa.


GAYA HIDUP

Ketika menyandang jawatan YDPA, Sultan Iskandar sering dilihat membawa pistol pada ikatan pinggang di khalayak awam, sehingga merunsingkan orang ramai kerana rekod jenayah lalunya. Baginda juga digeruni kerana kehidupannya yang ranggi sehingga menarik rasa sinis seumpamanya. Baginda juga dikenali sebagai penggemar motosikal; siri dokumentari patriotisme kebangsaan yang memaparkan Sultan Iskandar selaku YDPA menunggang motosikal polis dan penampilan ranggi ketika menghadiri beberapa upacara awam, menerima kecaman dari orang awam yang merasa adegan-adegan Sultan Iskandar ini tidak sesuai dengan tema dan imej negara.



KEHIDUPAN PERIBADI
Pada usia belia, Tunku Mahmud melayakkan diri sebagai juruterbang yang terlatih untuk mengendali pesawat dan helikopter ringan dan sederhana. Baginda juga pandai menunggang motosikal, sehingga pernah dilaporkan mahir membuka dan memasang semula komponen motosikal.
Sultan Iskandar juga dikenali kerana ghairah bersukan di ruang lapang, khususnya sukan golf. Pada akhir hayat, baginda banyak meluangkan masa lapang di Royal Johor Country Club.Lebih-lebih lagi, baginda juga kerap bemain tenis dan skuasy.Dalam kalangan kenalan peribadi, Sultan Iskandar diberi jolokan "Moody" berasaskan nama "Mahmud." Anakandanya, Tunku Abdul Majid, mewarisi minat baginda terhadap sukan golf amatur dan pernah berkhidmat sebagai Presiden Persatuan Golf Malaysia.
Selain itu, Sultan Iskandar pernah membela beraneka jenis haiwan belaan, terutamanya burung merak, di perkarangan Istana Bukit Serene, iaitu kediaman rasmi baginda bersama Sultanah. Sewaktu muda, Tunku Iskandar bersinggah di Istana Bukit Coombe yang terbina dengan ciri-ciri seni bina Belanda, kemudian dinamakan semula sebagai Istana Bukit Iskandar. Istana Bukit Iskandar dirobohkan pada tahun 1987, enam tahun selepas  Sultan Iskandar menaiki takht


AKHIR HAYAT DAN KEMANGKATAN


Setelah menjalani pembedahan pintas arteri koronari di Amerika Syarikat pada tahun 2000, pihak-pihak yang terdekat dengan Sultan Iskandar melaporkan bahawa gaya hidup baginda semakin perlahan sehingga baginda sekali-sekala keluar bermain golf Pada Januari 2010, baginda pernah dimasukkan ke dalam hospital tempatan untuk merawat penyakit bronkitis.
Pada 22 Januari 2010, Sultan Iskandar mangkat di Hospital Pakar Puteri, setelah dimasukkan pada awal hari itu kerana gering. Kemangkatan baginda pada 7.15 malam, diumumkan secara rasmi pada 11.20 malam oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman. Almarhum dimakamkan di Makam Mahmoodiah pada jam 2 petang keesokannya, sebaik sahaja tamatnya waktu orang ramai menziarahi persemayaman Almarhum Sultan Iskandar pada waktu pagi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memendekkan lawatan rasminya ke India untuk menghadiri upacara pemakamannya. Antara tetamu kehormat lain yang hadir termasuk Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, serta Sultan Hassanal Bolkiah dari Brunei, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Menteri Kanan Goh Chok Tong.
Puteranya iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyurkan sebagai Sultan Johor yang baru, juga pada 23 Januari.sultan Iskandar menaiki takhta.



AGONG YANG KE 9





Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Sultan Perak ke-XXXIV
Pemerintahan
3 Februari 1984 - 28 Mei 2014
Pendahulu
Pengganti
Raja Muda
Pasangan
Anakanda
Nama penuh
Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
Kediaman
Ayahanda
Bonda
Toh Puan Hatijah binti Dato’ Seri Wangsa Ahmad
Keputeraan
Kemangkatan
Dimakamkan
Agama

Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
Tempoh pemerintahan
26 April 1989 - 25 April 1994
Didahului oleh
Diikuti oleh


Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah Sultan Perak Darul Ridzuan ialah Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kesembilan. Baginda merupakan Sultan dari negeri Perak Darul Ridzuan. DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia dari 26 April 1989 - 25 April 1994
Baginda diputerakan pada 19 April 1928 di Batu Gajah Perak. Baginda adalah anakanda kepada Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah.



PERTABALAN SULTAN

1 Julai 1983 Dewan Negara Perak memahkotakan baginda sebagai Raja Muda Perak . Ketika itu baginda masih lagi memegang jawatan sebagai Ketua Hakim Negara Malaysia.
3 Februari 1984 baginda melepaskan jawatan Ketua Hakim Negara setelah dilantik menjadi Sultan Perak berikutan kemangkatan Sultan ldris Shah.
3 Februari 1984 dimahsyurkan sebagai Sultan Perak ke-34 . Istiadat Pertabalan pada 9 Disember 1985 ditabalkan sebagai Sultan Perak secara rasmi.


PENDIDIKAN

Belajar di Government English School, Batu Gajah, kini dinamai SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah, Perak. Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
Belajar bidang undang-undang di University of Nottingham, United Kingdom dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada tahun 1953.
23 November 1954 sah menjadi ahli di dalam The English Bar oleh The Honorable Society of Lincoln’s lnn.



KERJAYA

·         Memulakan perkhidmatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
·         Menyertai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman Persekutuan Tanah Melayu sebagai Majistret Kelas Pertama dan Presiden Mahkamah Sesyen.
·         Menyandang Peguam Persekutuan dan Timbalan Pendakwa
·         Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang
·         Penasihat Undang-Undang Negeri Johor
·         Pendaftar Mahkamah Tinggi Persekutuan Tanah Melayu
·         Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.
·         1965 (umur 37 tahun ) baginda dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya yang merupakan hakim termuda dalam sejarah kehakiman Komanwel.
·         1973 Hakim Mahkamah Persekutuan
·         1979 Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.
·         12 November 1982 menjadi Ketua Hakim Negara menggantikan Tun Mohamad Suffian Hashim yang bersara. Jawatan ini merupakan puncak karier kehakiman.



KURNIAAN DARJAH KEBESARAN

v  Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (Perak)
v  Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia (D.K.M)
v  Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N)
v  Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Al-Yunusi (Kelantan)
v  Darjah Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia (Terengganu)
v  Darjah Kerabat Perlis Yang Amat Dihormati (Perlis)
v  Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati (Johor)
v  Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (Selangor)
v  Darjah Kerabat Yang Amat Mulia Kedah (Kedah)
v  Darjah Kerabat Mahkota Brunei (D.K.M.B)
v  Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati (Pahang)
v  Darjah Kerabat (Negeri Sembilan)
v  Seri Setia Mahkota (S.S.M)
v  Panglima Mangku Negara (P.M.N)
v  Panglima Setia Mahkota (P.S.M)
v  Orden Al-Merito De Chile (Republik Chile)
v  Bintang ADI PURNA (Republik Indonesia)
v  Hon. Knight Grand Cross (Civil Division) of The Order of The Bath (United Kingdom)
v  Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M)
v  Darjah Seri Panglima Taming Sari (S.P.T.S)
v  Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (S.P.M.P)
v  Darjah Seri Indera Mahkota (S.I.M.P) (Pahang)
v  The Most Auspicious of The Rajamitrabhorn (Thailand)
v  Grand Order of Mugunghwa (Republik Korea)
v  Collar of The Japanese Order of The Chrysanthemum (Jepun)
v  Grand Cordon of The Supreme Order of The Chrysanthemum (Jepun)
v  Civil Order 1st Class (Oman)

  
SUMBANGAN/ANUGERAH

Ø  Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang (4 Oktober 1971 hingga Februari 1984).
Ø  Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (1 November 1974 hingga 31 Oktober 1976)
Ø  Canselor Universiti Malaya sejak 8 Februari 1986.
Ø  Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Kesusasteraan oleh Universiti Malaya pada 30 Jun 1979
Ø  Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 28 Jun 1980.
Ø  Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh University of Nottingham pada 11 Julai 1986.
Ø  Dianugerah ‘Kerusi Kehormat’ oleh Lincoln’s lnn, London pada 1988
Ø  Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Gadjah Mada, Jakarta, Indonesia pada 28 September 1990
Ø  Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Brunei Darussalam pada 30 Oktober 1990.
Ø  Dianugerahkan Ijazah Kehormat oleh Universiti Chulalongkon, Bangkok, Thailand pada 19 Disember 1990
Ø  Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Physician of lreland pada 2 Oktober 1991
Ø  Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Surgeons of Edinburgh dan The Royal College of Surgeons of England pada 1999.

SUKAN

A.     Sultan Azlan aktif dalam sukan hoki sejak zaman persekolahan di Batu Gajah dan Kuala Kangsar.
B.     Presiden Persekutuan Hoki Malaysia
C.     Presiden Hoki Asia
D.     Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa.
E.      Amat berminat dalam sukan golf.
F.      Mengusahakan pembinaan Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di Ipoh pada 1983. Baginda hadir setiap kejohanan Piala Sultan Azlan Shah iaitu kejohanan tahunan lima penjuru peringkat antarabangsa.
G.     Penaung Diraja bagi Persatuan Undang-undang Malaysia di Great Britain dan Eire, The British Graduates Association of Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia, The Rotary Clubs, The Lions Clubs, Kelab Golf Diraja Perak, Kelab Polo lskandar, Kelab Golf Kuala Kangsar, Persatuan Alam Sekitar Malaysia serta Persatuan Hoki Veteran Perak.
H.     sempena Ekspo Pelancongan Domestik Perak 1992 spesis bunga orkid terbaik dinamakan ‘Doritinopsis Sultan Azlan Shah’ .


KELUARGA

Sultan Azlan Shah berkahwin dengan Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali, dikurniakan 2 putera dan 3 puteri.

*      Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilahirkan pada 27 November 1956. Raja Nazrin Shah ditabal sebagai Raja Muda Perak. Memiliki Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Sains Politik dan Ekonomi daripada Oxford University dan Ijazah Sarjana Political Economy and Government daripada Universiti Harvard, Amerika Syarikat.
*      Raja Azureen binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilahirkan pada 9 Disember 1957. Raja Azureen memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari University U.S.A dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada London Business School, University of London, England.Raja Azureen berkahwin dengan Dato’ Seri Mohd Salleh Dato’ lsmail.
*      Almarhum Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilahirkan pada 28 Disember 1958 Beliau telah dilantik sebagai Raja Kechil Bongsu Perak pada 11 Mei 1987 diikuti Raja Kechil Tengah Perak pada 10 Mac 1998 dan Raja Kechil Sulung Perak pada 16 Mac 2010. Raja Ashman Shah memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada University of Nottingham, England dan Ijazah Sarjana Undang-undang daripadaa Cambridge University; Barrister-at-Law daripada Lincoln’s lnn, London serta Diploma Undang-undang Perniagaan, University of London, England. Raja Ashman Shah mangkat secara mengejut pada hari Jumaat, 30 Mac 2012 akibat asma.
*      Raja Eleena binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilahirkan pada 3 April 1960, memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang daripada University of London dan Barrister-at-Law daripada Lincoln’s lnn, London. Kini, Raja Eleena menguruskan firma guamannya sendiri di Kuala Lumpur serta dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Gamuda Berhad, salah satu syarikat gergasi Malaysia.
*      Raja Yong Sofia binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah dilahirkan pada 24 Jun 1961. Raja Yong Sofia memperolehi Ijazah Sarjana Pentadbiran daripada London’s lnternational University, England. Kini berkhidmat di Bank Bumiputra-Commerce Bhd. Raja Yong Sofia berkahwin dengan Tunku Kamel Rijaludin pada 5 Disember1987.

  
KETUA HAKIM NEGARA

Pada 12 November 1982 , Raja Azlan Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah telah dilantik sebagai Ketua Hakim Negara ke-5 selepas Tun Mohamad Suffian Hashim bersara pada 12 November 1982. Baginda menerima watikah perlantikan daripada Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman di Istana Tetamu, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Dari 1979-1982, baginda menjadi Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.

SULTAN PERAK

Raja Azlan Shah telah ditabalkan sebagai Raja Muda Perak oleh ayahanda saudara baginda, Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah II pada 1 Julai 1983 berikutan kemangkatan Raja Muda Musa II ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz
Enam bulan kemudian, Sultan Idris mangkat lalu Raja Azlan Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Perak yang ke-34 pada 3 Februari 1984. Pada 9 Disember 1985, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah ditabal sebagai Sultan Perak ke-34 di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, Malaysia. Tuanku Bainun binti Mohamad Ali turut ditabalkan sebagai Raja Permaisuri Perak. Kini, baginda menetap di Istana Kinta, Ipoh dan hanya pulang ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar apabila majlis rasmi


SAMBUTAN JUBLI PERAK


Baginda telah memperkenankan untuk diadakan sambutan jubli perak yang menandakan 25 tahun baginda memerintah negeri. Sambutan ini dimulakan pada 3 Februari 2009 dan mengikut pada keadaan ekonomi semasa, baginda mahukan sambutan ini dilakukan pada tahap yang sederhana.
Sambutan ini lebih menumpukan kepada kesyukuran, kepentingan ilmu dan pendidikan, pertalian rapat baginda dengan rakyat jelata, penghargaan kepada mereka yang telah berkhidmat kepada Sultan serta kepada mereka yang berkorban untuk Raja dan negara, penghargaan kepada semangat yang terjalin antara Ketua Negeri dan Kerajaan Pusat.
Program yang telah diperkenankan ialah kenduri kesyukuran dan bacaan tahlil di Masjid Ubudian, Kuala Kangsar pada 2 Februari dan istiadat perbarisan di Istana Iskandariah pada keesokannya. Satu majlis istiadat penganugerahan pingat khas Darjah Dato' Seri Azlanii (D.S.A.) kepada 25 orang penerima dan pembacaan watikah ikrar taat setia juga diadakan di Balairung Seri Istana Iskandariah. Pada tengah harinya, pelancaran setem peringatan Jubli Perak diadakan di Majlis Bandaraya Ipoh.
Pada 10 Februari pula, Sultan dijadualkan bakal menghadiri Program Bersama Rakyat di Batu Gajah, Perak, tempat baginda diputerakan dan menerima pendidikan awal. Sultan Azlan Shah juga akan menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah di Kolej Melayu Kuala Kangsar, sekolah lama baginda.
Santapan Diraja akan diadakan di Dewan Santapan, Istana Iskandariah pada 14 Februari. Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, Raja-raja Melayu, Yang DiPertua-Dipertua Negeri dan Sultan Brunei Darussalam telah dijemput ke Santapan Diraja tersebut. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri beliau, Datin Seri Jeanne Abdullah, bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor juga dijemput.
Demi tidak membebankan kerajaan, Sultan dengan murah hati akan mengeluarkan biaya keluarga diraja untuk sambutan kali ini. Baginda juga merupakan sultan keempat yang menyambut pemerintahan yang ke-25 tahun. Sebelum baginda, Paduka Seri Sultan Mansur Shah I, Sultan Perak kedua yang memerintah selama 28 tahun (1549-1577), Paduka Seri Sultan Mahmud Iskandar Shah, Sultan Perak ke-11 yang memerintah selama 67 tahun (1653-1720) dan Paduka Seri Sultan Idris Murshidul Azzam Shah I, Sultan Perak ke-29 yang memerintah selama 29 tahun (1887-1916).



YANG-DI PERTUAN AGONG KE IX

Pada 26 April 1989 , Sultan Azlan Shah telah melafaz sumpah jawatan dan dan menandatangani surat pengisytiharan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-9 di Balai Rong Seri, Istana Negara, Jalan Istana, Kuala Lumpur, Malaysia. Turut hadir ialah Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri, Encik Ghafar Baba, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sallehuddin Mohamad dan Ketua Hakim Negara Tan Sri Haji Abdul Hamid Omar.[2]
Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja ke-146 pada 2 Mac 1989 dipengerusikan oleh Sultan Selangor memutuskan Sultan Azlan dari Perak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-9.


KRISIS PERLEMBAGAAN NEGERI PERAK

Ketika Perak sedang bergembira dengan Sambutan Jubli Perak pemerintahan baginda sebagai Sultan Perak pada 2009, negeri Perak telah dilanda krisis politik yang melibatkan peralihan 3 orang ahli Dewan Undangan Negeri dari barisan kerajaan negeri yang menyebabkan kerajaan campuran Pakatan Rakyat tidak mempunyai majoriti yang cukup.
Baginda selaku ketua negeri telah memainkan peranan yang penting dalam penentuan kerajaan negeri dengan memutuskan untuk penukaran kerajaan tanpa pembubaran Dewan Undangan Negeri walaupun telah dipohon oleh Menteri Besar Perak sendiri. Perlakuan baginda ini adalah menurut perlembagaan.
Dengan itu, dalam menangani krisis pentadbiran kerajaan Negeri Perak, baginda telah mempraktikkan keputusan menurut peraturan dengan membenarkan penubuhan kerajaan baru oleh Barisan Nasional apabila baginda mengesahkan dengan menemu-bual setiap seorang wakil BN dan wakil Bebas mengenai pendirian mereka. Selain itu baginda membuat keputusan berdasarkan perlembagaan negeri Perak yang menyatakan Menteri Besar perlu mendapat sokongan majoriti. Selain itu, keputusan mengenepikan surat letak jawatan tiga orang ADUN itu bedasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 1982 dalam kes yang serupa, yang menetapkan bahawa surat yang ditandatangan lebih awal (presign letter) tidak sah.

Maka, mengikut 3 bahagian di dalam keseluruhan peruntukan Fasal 16 (6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan;

*      Jika Menteri Besar telah hilang sokongan majoriti ahli-ahli DUN - sila ambil perhatian bahawa tidak dinyatakan di sini bagaimana atau prosiding apakah yang wajib untuk menentukannya.
*      Menteri Besar tersebut hendaklah meletakkan jawatan keseluruhan Ahli Majlis Kerajaan Negeri ("Exco") termasuk dirinya sendiri sebagai Ketua Exco - Perkataan "hendaklah" bermaksud sesuatu yang mandatori untuk dilakukan dan tiada pengecualian dibenarkan.
*      Melainkan dengan permintaannya untuk pembubaran DUN diperkenankan oleh Sultan - ini bermaksud ada proviso atau pengecualian tetapi bersyarat di dalam Fasal 16 (6) yang membolehkan Menteri Besar memohon pembubaran DUN apabila beliau hilang kepercayaan majoriti tetapi dengan syarat diperkenan sultan. Tidak ada peruntukan selanjutnya yang mengatakan sultan wajib menerima permohonan Menteri Besar. Tetapi yang pastinya ada peruntukan 18 (2)(b) untuk baginda menggunakan budi bicaranya.

Mengikut Fasal 18 (2)(b) pula, bagi memastikan tindakan baginda adalah mengikut bidang kuasa sedia ada ke atas baginda, Paduka Seri Sultan Perak telah menggunapakai kuasa budi bicara (kuasa untuk menentukan sesuatu dan bertindak berdasarkan budi bicara dan penilaian sendiri) yang ada pada baginda di bawah peruntukan 18 (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk tidak memperkenankan permintaan pembubarkan DUN oleh Menteri Besar. Ini dinyatakan dan digunapakai bagi menunjukkan kuasa yang ada pada dri baginda adalah bukan sekadar untuk berfungsi sebagai "rubber-stamp" apabila Menteri Besar membuat permintaan untuk pembubaran pada bila-bila masa.

KEMANGKATAN

Sultan Azlan Shah mangkat pada 28 Mei 2014 pukul 1:30 tengah hari di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur kerana gering pada usia 86 tahun. Jenazahnya telah dimakamkan di Makam Diraja Bukit Chandan berhampiran Masjid Diraja Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar selepas Solat Asar pada 29 Mei 2014 dan




AGONG YANG KE 10




Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Yang di-Pertuan Agong ke-
10
Raja Permaisuri Agong
Negeri
Keputeraan
Kemangkatan
Mula jawatan
Tamat jawatan
Penyandang terdahulu
Penyandang kemudian




























LATAR BELAKANG

Tuanku Ja’afar menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu di Seri Menanti, Kuala Pilah dari 1928 hingga 1933. Memandangkan baginda merupaka pelajar yang bijak dan rajin, Tuanku Ja’afar mendapat tempat di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Ketika tujuh tahun di sana iaitu dari 1933 hingga 1940, baginda menampilkan ketokohan dalam memimpin dan merupakan Ketua Pelajar dari 1939 hingga 1940.
Selepas menamatkan pelajaran di Kolej Melayu, Tuanku Ja’afar memasuki Raffles College di Singapura. Walau bagaimanapun, pembelajaran baginda terganggu akibat tercetusnya Perang Dunia II. Ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, baginda berkhidmat sebagai Pejabat Tanah di Seremban dan Pegawai Daerah Rembau dari 1946 hingga 1947.
Tuanku Ja’afar akhirnya dianugerahkan biasiswa untuk belajar di luar negara berikutan kesungguhan baginda untuk meneruskan pengajian. Selepas Perang Dunia II, baginda berlepas ke University of Nottingham, United Kingdom untuk meneruskan pembelajaran dalam bidang undang-undang. Sebagai pelajar, Tuanku Ja’afar diketahui sebagai pelajar yang berdisiplin dan bijak. Baginda menerima Ijazah Undang-undang tanpa banyak masalah. Selepas menerima ijazah pertama baginda memasuki Universiti Oxford (Balliol College) Bagi Sarjana dalam bidang ekonomi. Pada 1951, Tuanku Ja’afar mengambil Sains Politik dan Bahasa Perancis di London School of Economics and Political Science.
Kembalinya baginda dari United Kingdom pada 1952, Tuanku Ja’afar memegang beberapa jawatan termasuklah Penolong Setiausaha Negeri Perak, Penolong Pegawai Daerah Parit, Perak, dan Pegawai Daerah Tampin.
Kerjaya diplomatik baginda bermula Tuanku Ja’afar pada 1957. Baginda mengambil kursus khas bagi perkhidmatan diplomatik di London untuk setahun. Tugasan pertama baginda adalah sebagai Kuasa Usaha di Washington, D.C., Amerika Syarikat diikuti sebagai Setiausaha Pertama dengan Misi Kekal ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Konsul dan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu di London.
Tuanku Ja’afar kemudian dilantik sebagai Duta Malaysia ke Mesir dan kemudian sebagai Pesuruhjaya Tinggi ke Nigeria and Ghana.
Tuanku Ja’afar turut dipanggil berkhidmat sebagai Duta Malaysia ke Jepun tetapi dipanggil pulang oleh Kerajaan Negeri Sembilan berikutan kemangkatan kekanda baginda, DYMM Tuanku Munawir, pemerintah Negeri Sembilan. Kesemua empat pembesar Undang dan Tuanku Besar Tampin telah memilih Tuanku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan untuk menggantikan Tuanku Munawir. Tuanku Ja’afar menaiki takhta sebagai Pemerintah ke-10 Negeri Sembilan pada 18 April 1967.
Tuanku Ja’afar mengahwini Tunku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin pada 8 Ogos 1943. Pasangan diraja itu dikurniakan tiga orang putera dan tiga orang puteri.
Ketika baginda berkhidmat sebagai pemerintah Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar menumpukan perhatian kepada masalah rakyat dan pentadbiran negeri. Dalam menangani hal ehwal sosio-ekonomi negeri, baginda mengarahkan perhatiannya kepada sektor industri dan perumahan awam supaya dapat meningkatkan mutu hidup rakyat. Kesannya, beberapa kawasan perumahan telah dibangunkan antaranya ialah Taman Tuanku Ja’afar yang merangkumi kawasan perindustrian dan padang golf, Taman Tuanku Ampuan Najihah di Sungai Gadut dan projek perumahan Mambau.
Tuanku Ja’afar menjadi Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia pada 16 April 1976. Tuanku Ja’afar sering menggesa akar ditingkatkan lagi mutu pendidikan di Malaysia. Baginda dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-Undang oleh beberapa buah universiti seperti Universiti Filipina (27 Julai 1990), Universiti Nottingham (21 Julai 1995), Universiti Santiago, Chile (28 September 1995) dan Universiti Brunei Darussalam (11 September 1996).
Tuanku Ja’afar dan keluarga diraja Negeri Sembilan turut dikenali sebagai "Keluarga Diraja Sukan". Baginda dan keluarga baginda meminati sukan kriket, tenis, badminton, skuasy, hoki dan golf di dalam dan luar Malaysia. Anakanda baginda, YTM Tunku Imran merupakan Presiden Skuasy Dunia untuk tujuh tahun.
Sebagai peminat golf, Tuanku Ja’afar merupakan peserta lazim dalam kejohanan golf dalam dan luar negara. Baginda turut menaik taraf padang golf dan kemudahannya terutama di Kelab Golf Antarabangsa Seremban. Tuanku Ja’afar turut menyertai Golf Pro-Amatur Terbuka Malaysia sejak kali pertama diadakan. Baginda turut bersama merasmikan Sukan Komanwel 1998 yang diadakan di Kuala Lumpur ketika baginda memegang tampuk pemerintahan Yang di-Pertuan Agong.
Sepanjang memerintah Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar telah memperkenalkan perubahan besar ke atas perkembangan sosio-ekonomi negeri baginda.
Tuanku Ja’afar merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia kesepuluh yang memerintah dari 26 April 1994 hingga 25 April 1999.
Baginda mangkat pada 27 Disember 2008 di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban.


KES SAMAN STANDARD CHARTERED BANK

Mahkamah khas yang ditubuhkan untuk mendengar kes membabitkan Tuanku Ja'afar pada 15 Oktober 2008 mengarahkan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman, membayar AS$1 juta (RM3.5 juta) kepada Standard Chartered Bank Malaysia Berhad (SCBMB) selepas memutuskan Tuanku Ja'afar perlu mematuhi terma-terma dalam surat kredit.
Mahkamah juga mengetepikan saman balas Tuanku Ja'afar terhadap bank berkenaan untuk mengisytiharkan bank itu tidak berhak mengikut undang-undang untuk melepaskan simpanan tetapnya bagi menyelesaikan bayaran AS$1 juta itu.
Saman itu dikemukakan selepas kerabat diraja itu telah, pada atau sekitar 12 Februari 1999, memperolehi menerusi SCBMB, surat kredit (SBLC) tunggu sedia bernilai AS$1 juta untuk Connecticut Bank of Commerce (CBC) di Amerika Syarikat bagi kemudahan kredit yang akan diberikan oleh CBC kepada sebuah syarikat AS yang dikenali sebagai Texas Encore LLC (TEC).
Menurut peguam bank itu, Robert Lazar, bank berkenaan berhak mengeluarkan jumlah terbabit daripada akaun simpanan tetap Tuanku Ja'afar.


KEMANGKATAN

Empat bulan selepas kemangkatan adinda baginda, Tunku Abdullah, Tuanku Jaafar mangkat pada pukul 11.45 pagi hari Sabtu, 27 Disember 2008 di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada usia 86 tahun kerana serangan angin ahmar. Dilaporkan bahawa baginda mengadu kurang sihat dan sakit kepala pada pukul 8.10 pagi. Pihak hospital tersebut telah dihubungi dan dua Pakar Perunding Kanan HTJ, Datuk Dr. Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr. K. Sree Raman telah bergegas ke Istana Hinggap di Seremban untuk memberikan rawatan kepada Tuanku. Jenazah baginda telah dibawa ke Istana Hinggap Seremban untuk majlis penghormatan terakhir serta menunggu kepulangan anakanda baginda yang masih berada di luar negara dan dimakamkan pada 28 Disember 2008.
Almarhum baginda telah ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir daripada kerabat Diraja, pemimpin dan orang ramai. Istiadat pemakaman jenazah Almarhum baginda diadakan pada 29 Disember 2008 selepas solat asar iaitu apabila istiadat pemasyhuran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah berlangsung untuk menitahkan bermulanya istiadat pemakaman. Tempoh Perkabungan berikutan kemangkatan baginda juga dilaksanakan selama 40 hari, bermula hari kemangkatan baginda.
Semua premis termasuk pejabat kerajaan dan bangunan mengibarkan bendera negeri separuh tiang dalam tempoh tersebut. Dalam tempoh berkabung itu juga, semua kakitangan kerajaan dikehendaki memakai songkok berlilit putih manakala wanita memakai lilitan putih di lengan. Semua majlis rasmi kerajaan telah ditangguh dalam tempoh tujuh hari. Premis pusat hiburan dan aktiviti keraian juga ditangguhkan selama tujuh hari.



AGONG KE 11




Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al-Haj


Pertabalan
Negeri
Pendahulu
Pengganti
Raja Permaisuri Agong


Timbalan Yang di-Pertuan Agong ke-X
Negeri
Pendahulu
Pengganti


Sultan Selangor ke-8
Pendahulu


Isteri/Tengku Ampuan/Tengku Permaisuri
Raja Nur Saidatul-Ihsan (cerai 1946)
Che' Mahiran (cerai 1954)
Sharifa Salmah (cerai 1962)
Tengku Ampuan Rahimah (mangkat 1993)
Tengku Permaisuri Siti Aishah
Keputeraan
Kemangkatan
21 November 2001(umur 75)
Ayahanda
Bonda
Putera-Puteri
Tengku Nor Halijah
Sultan Sharafuddin Idris Shah
Tengku Puteri Sofiah
Tengku Sulaiman Shah
Tengku Puteri Zahariah
Tengku Fatimah
Tengku Abdul Samad
Tengku Puteri Arafiah
Tengku Puteri Aishah
Tengku Ahmad Shah
Tengku Puteri Nor Marina
Tengku Puteri Nor Zehan














RIWAYAT HIDUP
Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-11 (26 April 1999 - 21 November 2001). Yang di-Pertuan Agong ialah panglima tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Baginda menjadi Sultan Selangor selama 41 tahun (1960-2001).

PENDIDIKAN

Baginda belajar di Sekolah Melayu Pengkalan Batu, Klang pada 1934 dari darjah 1 hingga 6. Antara rakan sekolahan baginda ialah Ishak Bidin (74). 1936 melanjutkan pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar hingga Disember, 1941 apabila meletus Perang Dunia Kedua .1947-1949 belajar pula di School of Oriental and African Studies, Universiti London .
Baginda merupakan peminat burung terutama burung kakak tua. Pada masa lapang baginda bermain golf dan bersiar-siar dengan kereta antik.


KERJAYA

Pernah berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Pelatih Jabatan Ukur Negeri Selangor dan kemudiannya dilantik sebagai Nazir Sekolah selama lapan bulan. 1952 menyertai Askar Melayu di Port Dickson selama enam bulan dan ditauliahkan Queen Commission dengan pangkat Kapten dan kemudian Mejar.
Dilantik sebagai Tengku Laksamana Selangor pada 1 Ogos 1946 dan sebagai Raja Muda Selangor pada 13 Mei 1950.
Pada 1 September 1960, Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj mangkat , Sultan Salahuddin dilantik sebagai Sultan Selangor pada 3 September 1960 dan ditabal sebagai Sultan pada 26 Jun 1961.[1]





KELUARGA

Baginda mempunyai 10 putera dan puteri dari 4 permaisuri.
Dengan isteri pertama yang juga sepupu baginda, Raja Nor Saidatul Ihsan Tengku Badar Shah, baginda dikurniakan tiga putera dan empat puteri iaitu Tengku Idris Shah yang merupakan Raja Muda Selangor, Tengku Puteri Sofiah, Tengku Sulaiman Shah (Tengku Panglima Diraja Selangor), Tengku Puteri Seri Zanariah, Tengku Abdul Samad Shah (Tengku Panglima Besar Selangor), Tengku Puteri Arafiah dan Tengku Puteri Aishah.
Bersama isteri kedua, Cik Mahiran, baginda dikurniakan seorang putera, Tengku Ahmad Shah manakala dengan isteri ketiga Tengku Ampuan Rahimah Almarhum Sultan Abdul Aziz dikurniakan dua puteri iaitu Tengku Puteri Nor Marina dan Tengku Puteri Nor Zihan.
Pada 3 Mei 1990 baginda berkahwin dengan Tuanku Siti Aishah binti Abdul Rahman yang kemudian bergelar Cik Puan Besar Selangor.Mereka tidak dikurniakan anak.


KERJA KEBAJIKAN

Masjid Sultan Abdul Aziz di Kampung Perigi Nenas, Pulau Indah dibina dengan kos RM4 juta pada 1997 dengan sumbangan baginda. Masjid itu dirasmikan pada 8 Mac 1999. Masjid Shah Alam dibina semasa baginda menjadi Sultan Selangor pada 1987. Baginda mahu Pulau Indah ( dahulu Pulau Lumut) dan Pulau Ketam dimajukan. Bot mewah baginda `Siti Aishah' pernah dilanggar oleh sebuah kapal kargo di Pelabuhan Klang.
Baginda pernah melancong ke Perth di Australia Barat, Bali dan Medan di Indonesia serta London dan bermain golf di Florida, Amerika Syarikat.






YANG DI-PERTUAN AGONG

Baginda ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1999. Baginda mengisytiharkan Tengku Idris Shah sebagai Pemangku Raja Selangor. Baginda bercadang apabila tamat sahaja dari menjadi Yang di-Pertuan Agong pada 2004, baginda berhasrat untuk berehat di kediaman baginda di London, bersebelahan dengan Masjid Regent.
Krisis perkahwinan Menteri Besar Selangor[sunting | sunting sumber]
Krisis tercetus apabila bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib berkahwin dengan puterinya, Tengku Puteri Zanariah.
Kemangkatan[sunting | sunting sumber]
Baginda mangkat pada 11.57 pagi , 21 November 2001 (bersamaan 5 Ramadan 1422) di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Ampang, Kuala Lumpur berikutan masalah jantung. Baginda terpaksa menggunakan alat bantuan penafasan dan mesin dialisis. Pada 6 Oktober 2001 baginda menjalani pembedahan kecil di Singapura. Baginda menerima rawatan dua bulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.
Istiadat pemakaman[sunting | sunting sumber]
Sembahyang jenazah diadakan di Masjid Negara, diimamkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahya. Turut serta ialah Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin, Pemangku Raja Selangor, Tengku Idris Shah dan anggota kerabat diraja Selangor dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.
Rakyat dan orang kenamaan memberi penghormatan terakhir di Istana Negara, di Masjid Negara, Dataran Merdeka dan di Makam Diraja Klang. 20,000 rakyat berhimpun di Jalan Raja, berhadapan bangunan Sultan Abdul Samad. Penghormatan penuh istiadat ketenteraan di Dataran Merdeka dilakukan oleh Batalion 1, Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai oleh Mejar Hamdan Musa.
Jenazah Almarhum dimakamkan di Makam Diraja Sultan Suleiman , Klang pada 22 November 2001. Makam ini kira 1.5 km dari Istana Alam Shah dan Masjid Sultan Sulaiman. Baginda dimakamkan di sebelah ayahandanya , Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Alhaj. Talkin dan doa dibacakan oleh Mufti Negeri Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid. Seluruh masjid di Selangor mengadakan majlis tahlil dan bacaan Yassin setiap malam selama 40 hari berkabung.
Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Nur Zahirah; Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah; dan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah turut memberi penghormatan terakhir. Pemimpin luar yang hadir ialah Sultan Hassanal Bolkiah dari Brunei Darussalam, Presiden Megawati Sukarnoputri dari Indonesia dan Presiden Singapura, S.R. Nathan serta Timbalan Perdana Menteri Lee Hsien Loong serta Timbalan Perdana Menteri Thailand, Dr Supachai Panitchpakdi. Kerajaan Thailand dan Brunei mengarahkan pejabat kerajaan



AGONG KE 12



Tuanku Syed Sirajuddin ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail



Pertabalan
Negeri
Pendahulu
Pengganti
Raja Permaisuri Agong


Raja dan Yang di-Pertuan
Negeri Perlis Indera Kayangan
17 April 2000 – kini
Pendahulu


Raja Perempuan
Keputeraan
17 Mei 1943 (71 tahun)
Ayahanda
Bonda
Putera-Puteri



RIWAYAT HIDUP

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kedua belas. Baginda merupakan Raja yang memerintah Negeri Perlis Indera Kayangan sejak 24 April 2002 hingga sekarang.Baginda diputerakan di Arau, Perlis pada 17 Mei 1943. Baginda merupakan putera kedua daripada 10 putera dan puteri Almarhum Tuanku Syed Putra Jamallulail dan Tengku Budriah Tengku Ismail.
Pemerintahan baginda bermula dari 13 Disember, 2001, lebih awal dari yang dijangkakan jurus selepas kemangkatan Yang di-Pertuan Agong yang sebelumnya, Sultan Salahuddin yang juga merupakan Sultan Selangor. Penggal pemerintahan baginda berakhir pada 12 Disember 2006.
Baginda ditabal menjadi Raja Muda Perlis pada 30 Oktober 1960 ketika 17 tahun.
Baginda menjadi Raja Perlis pada 17 April, 2000, selepas ayahandanya mangkat, Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, menjadi Raja sejak 1945. Baginda berumahtangga dengan Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Permaisuri Agong, anakanda kepada Tengku Abdul Rashid ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dari Terengganu, dan isterinya, Tengku Kembang Puteri binti Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan.


PENDIDIKAN

Tuanku Syed Sirajuddin mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Arau (sehingga darjah dua) sebelum berpindah ke Sekolah Rendah Wellesley Pulau Pinang kemudian ke Sekolah Rendah Westland Pulau Pinang dan Penang Free School sebelum melanjutkan pelajaran ke WellingboroughPublic School, England sehingga 1963.
Baginda telah menuntut di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, England mulai Januari 1964 sehingga tahun 1965. dan merupakan peminat kelab bolasepak Inggeris, Tottenham Hotspur.

PERKHIDMATAN

Baginda pernah memegang beberapa jawatan penting dalam bidang ketenteraan, antaranya Leftenan Muda Rejimen Kedua Pasukan Peninjau , Kapten Kehormat Rejimen Askar Wataniah, Kolonel Kehormat Rejimen 504 Pasukan Simpanan dan Kolonel kehormat Rejimen Renjer Malaysia.



AGONG KE 13




Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah




Pertabalan
Negeri
Pendahulu
Pengganti
Raja Permaisuri Agong


Timbalan Yang di-Pertuan Agong ke-XI dan XII
Negeri
Pendahulu
Pengganti


Sultan dan Yang Dipertuan
Negeri Terengganu ke-18
15 Mei 1998 – kini
Pendahulu


Sultanah
Keputeraan
22 Januari 1962 (53 tahun)
Ayahanda
Bonda
Tengku Ampuan Bariah
Putera-Puteri
Tengku Nadhirah Zaharah
Tengku Muhammad Ismail(Pemangku Raja Terengganu)
Tengku Muhammad Mua'az
Tengku Fatimatuz Zahra'


RIWAYAT HIDUP

Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (22 Januari 1962 (53 tahun) - ) adalah Sultan Terengganu yang ke-16. Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13, ketua perlembagaan Malaysia mulai 13 Disember 2006 hingga 12 Disember 2011.
Baginda telah dilahirkan pada 22 Januari, 1962 di Istana Al-Muktafi, Kuala Terengganu, ibu negeri Terengganu. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman dan kemudiannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, baginda kemudiannya melanjutkan pelajaran di luar negara di pusat pendidikan berprestij iaitu Geelong Grammar School di Geelong, Australia. Pada tahun 1988, baginda menghabiskan pembelajarannya di Universiti Antarabangsa Amerika Syarikat-Eropah (kini dikenali sebagai Universiti Antarabangsa Alliant) di London, baginda memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang pengkhususan Hubungan Antarabangsa pada 9 Jun 1988.
Baginda telah melibatkan diri dengan kursus ketenteraan PRE SMC (E) 33 di Army School of Languages daripada 2 November 1982 hingga 31 Mei 1983, dan kemudiannya menghadiri kursus ketenteraan SMC 33 di Akademi Tentera DiRaja Sandhurst di England daripada 3 Mei 1983, menghabiskan kursus Pegawai Kadet pada 9 Disember 1983. Baginda telah dikomisyenkan pangkat Leftenen pada 1 Mac 1984 dan telah memberikan khidmatnya di Askar Berkuda DiRaja.

PEMERINTAHAN TERENGGANU

Baginda telah dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda bagi Negeri Terengganu Darul Iman pada 6 November 1979, dan kemudiannya di lantik sebagai Pemangku Raja pada 20 Jun 1986 dan kali keduanya dari 20 Oktober hingga 8 November 1990.
Pada 28 Mac 1996, baginda telah diijabkabulkan dengan Sultanah Nur Zahirah. Istiadat Perkahwinan Diraja ini telah dilangsungkan di Istana Maziah, Kuala Terengganu.
Pada 15 Mei 1998, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Terengganu Darul Iman serta segala jajahan takluknya.


TIMBALAN YANG DI-PERTUAN AGONG


Tuanku Mizan telah dilantik secara rasminya sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 26 April 1999 selepas Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-11 oleh Majlis Raja-Raja. Namun, selepas kemangkatan Sultan Salahuddin, Tuanku Mizan telah dilantik menjadi YDPA pada 21 November 2001.
Namun atas dasar kerjasama dan permuafakatan Majlis Raja-Raja Melayu, Tuanku Mizan bersetuju untuk kembali menduduki kerusi Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2001 selepas Persidangan Majlis Raja-Raja sebulat suara melantik Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis sebagai YDPA yang ke-12.
Tuanku Mizan pertama kali dilantik sebagai Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dari tahun (2001–2006).

YANG DI-PERTUAN AGONG

Pada 3 November 2006, Tuanku Mizan telah dipilih untuk menduduki takhta Yang di-Pertuan Agong oleh Majlis Raja-Raja Melayu sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-13 selama 5 tahun, bermula 13 Disember 2006 dan berakhir pada 13 Disember 2011. Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu pada ketika itu dipengerusikan oleh Sultan Abdul Halim, Sultan Kedah yang juga merangkap sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Tuanku Mizan sebenarnya telah diletakkan sebagai orang keempat dalam Kitaran Sembilan Raja-Raja Melayu yang ke-2 yang secara lazimnya pemilihan Yang di-Pertuan Agong adalah mengikut hukum kitaran ini. Namun, pemilihan Raja-Raja lain dalam negeri-negeri Melayu untuk menjawat jawatan tertinggi di Malaysia Yang di-Pertuan Agong masih boleh diperbincangkan. Mengikut hukum kitaran, setiap Raja-Raja Melayu yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong hanya boleh memerintah Malaysia selama 5 tahun, dan inilah membuatkan Malaysia sebagai sebuah negara mengamalkan konsep Raja Berpelembagaan yang unik.
Pada 26 April 2007, Tuanku Mizan secara rasminya ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Tuanku Mizan, yang berusia 44 tahun ketika ditabalkan, ialah Yang di-Pertuan Agong yang ketiga termuda yang dilantik selepas Tuanku Syed Putra, Raja Perlis dan Tuanku Abdul Halim sebagai Sultan Kedah yang kedua-duanya mula dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong pada umur 40 dan 43. Tuanku Mizan ialah Raja Melayu pertama yang dilahirkan selepas Hari Kemerdekaan Malaysia yang jatuh pada 31 Ogos 1957.
Sebagai Ketua Negara Malaysia, Tuanku Mizan banyak mengadakan majlis rasmi dan lawatan kerja. Antaranya, baginda telah bersemuka dengan Presiden China, Hu Jintao[3] ketika Sukan Olimpik 2008[4],
mengadakan lawatan ke Pusat Kajian Saintifik Antartika dan menghadiri Perkahwinan Diraja Putera William dan Kate Middleton di London, England.
Pada 12 dan 13 Oktober 2011, Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-225 telah memutuskan bahawa Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah bakal menggantikan Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 mulai 13 Disember 2011
Demi meraikan berakhirnya pemerintahan baginda, Tuanku Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama Tuanku Nur Zahirah berkenan untuk berangkat menghadiri majlis santapan menjunjung kasih sempena tamat tempoh pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13, di Istana Negara pada 10 Disember 2011. Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Dr Rais Yatim selaku Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dan juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Acara Tamat Tempoh Pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13 bersama isteri masing-masing. Turut hadir bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang diiringi isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, dan Tun Abdullah Ahmad Badawi serta isteri Tun Jeanne Abdullah.
Istiadat Keberangkatan Balik Tuanku Mizan dari Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur ke Istana Maziah, Kuala Terengganu juga disiarkan secara lintas langsung di RTM 1 pada 12 Disember 2011.


SUKAN DAN HOBI

Baginda sememangnya meminati sukan berkuda dari dulu lagi dan baginda sendiri telah mangadakan pertandingan berkuda tahunan di Malaysia dan pertandingan itu di sertai oleh pelbagai atlet berkuda dari segenap pelusuk negara terutamanya dari negara-negara Eropah. Baginda sememangnya meminati sukan berkuda dan menyukai makanan barat kerana baginda amat menitik beratkan soal pemakanan baginda.


PEMBEDAHAN LUTUT


Baginda telah mengalami kecederaan di lutut dan terpaksa menggunakan tongkat semasa Istiadat pemakaman Sultan Iskandar Johor pada 23 Januari 2010. Pada 24 Januari 2010, baginda berangkat ke Munich, Jerman bagi menjalani rawatan fisioterapi di Medical Park, St Hubertus, Bad Wiessee. Rawatan pakar diketuai Prof Andreas B.Imhoff. Pegawai pengiring baginda ialah pakar perubatan Hospital Putrajaya, pakar ortopedik Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur serta seorang pakar perubatan sukan. Sepanjang tempoh keberangkatan Baginda, Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Sultan Kedah akan menjalankan tugas-tugas rasmi Yang di-Pertuan Agong.


KELAHIRAN


1.Tuanku Mizan Zainal Abidin (dilahirkan pada 22 Januari 1962 (53 tahun)) di Kuala Terengganu.
2.Sultanah Nur Zahirah (dilahirkan pada 7 Disember 1973 (41 tahun)) di Alor Setar.
3.Tengku Nadhirah Zaharah (dilahirkan pada 18 Disember 1996 (18 tahun)) di Kuala Terengganu.
4.Tengku Muhammad Ismail (dilahirkan pada 1 Mac 1998 (16 tahun)) di Kuala Terengganu.
5.Tengku Muhammad Muaz (dilahirkan pada 22 Disember 2000 (14 tahun)) di Kuala Terengganu.
6.Tengku Fatimatuz Zahra (dilahirkan pada 19 April 2002 (12 tahun)) di Kuala Terengganu.


AGONG KE 14




Tuanku Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah


13 Disember 2011 – kini
Pertabalan
Negeri
Pendahulu
Raja Permaisuri Agong

Timbalan Yang di-Pertuan Agong ke-XIII
Negeri
Pendahulu
Pengganti

Pertabalan
Negeri
Pendahulu
Pengganti
Raja Permaisuri Agong

Timbalan Yang di-Pertuan Agong ke-IV
Negeri
Pendahulu
Pengganti

Sultan Kedah ke-28
14 Julai 1958 – kini
Pendahulu

Keputeraan
28 November 1927 (87 tahun)



RIWAYAT HIDUP

Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah (diputerakan 28 November 1927) merupakan Sultan Kedah ke-27 (1958 - kini) serta Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 (21 September 1970 - 20 September 1975) dan ke-14 (mulai 13 Disember 2011).
Baginda diputerakan di Anak Bukit, Alor Setar, Kedah sebagai Tunku Abdul Halim. Baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah bersama Tunku Safiah binti Tunku Mahmud, namun putera tertua yang hidup. Baginda kemudian menjadi Raja Muda Kedah pada 1949.
Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, di mana baginda mendapat diploma dalam Sains Sosial dan Pentadbiran Awam.[1] Baginda mewarisi takhta Kedah ayahandanya pada Julai 1958 dan ditabalkan pada Februari 1959.
Selain itu, baginda ialah anak saudara kepada Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj (Perdana Menteri Malaysia Pertama)


Yang di-Pertuan Agong

Tuanku Abdul Halim terpilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong antara 20 September 1965 dan 21 September 1970. Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, ketika berumur 43 tahun, baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong kedua termuda yang pernah dilantik iaitu selepas Tuanku Syed Putra, Raja Perlis yang dilantik ketika berumur 40 tahun.
Sultan Abdul Halim, ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-5 (1970 - 1975)
Baginda menyaksikan pertukaran kali pertama ketua kerajaan Malaysia iaitu apabila ayahanda saudara baginda, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memberikan jawatannya kepada timbalannya Tun Abdul Razak. Tunku Abdul Rahman merasakan beliau tidak patut berkhidmat di bawah anak saudaranya.
Pada November 2006, Tuanku Abdul Halim dipilih buat kali kedua sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, bermula Disember 2006 hingga Disember 2011. Beliau merupakan sultan ketiga memegang jawatan ini dua kali, selepas Tuanku Ja’afar dari Negeri Sembilan dan Sultan Mizan Zainal Abidin dari Terengganu.
Pada 15 Julai 2008 baginda menyambut Jubli Emas, iaitu ulang tahun pemerintahan baginda ke-50 di Kedah.
Pada 12 dan 13 Oktober 2011, Mesyuarat Majlis Raja-raja yang ke-225 telah memutuskan bahawa Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah bakal menggantikan Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 mulai 13 Disember 2011
Bermula pada 13 Disember 2011 yang lalu, baginda telah menjadi Yang di-Pertuan Agong yang ke-14, sekaligus menjadi sultan pertama menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali[7] dan yang tertua ditabalkan (84 tahun).[8] Yang di-Pertuan Agong tertua sebelum baginda ialah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dari Selangor, yang ditabalkan di usia 73 tahun.
Istiadat pertabalan buat kali kedua sebagai Yang di-Pertuan Agong telahpun dilangsungkan di Istana Negara pada 11 April 2012.


Keluarga diraja

YDPA Sultan Abdul Halim diarak bersama Ratu Elizabeth II dalam kereta roda diraja British, ketika membuat lawatan rasmi ke London pada 1974.
Sultan Abdul Halim mempunyai dua sultanah rasmi:
Pada 1956, Tuanku Hajjah Bahiyah, puteri Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, yang mangkat pada 2003, dan
Pada 1975, Che Haminah Hamidun, orang kebanyakan dari Perak, yang kini Sultanah Kedah.
Baginda memiliki tiga puteri. Dua yang tertua merupakan kembar, Tunku Soraya dan Tunku Sarina. Seorang lagi ialah Tunku Intan Shafinaz. Baginda memiliki lima cucu.
Baginda pernah berkahwin pada awal remaja yakni sekitar 1945 bersama orang kebanyakan dan berpisah semasa baginda melanjutkan pelajaran baginda ke England. Hasil dari perkahwinan ini telah dikurniakan seorang Puteri.

Raja Muda Kedah kini ialah Tunku Abdul Malik ibni Sultan Badlishah, adinda baginda.